Thursday, 5 April 2012

dua kali lima



2 X 5 = SAMA SAHAJA.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum nak cerita panjang, BS nak ulas sikit pasal isu salam Idealis Siswa, yang digembar-gemburkan oleh seseorang di UUMKini. Ish, bila salam pun boleh jadi isu, pelik. Ini memang agi idup agi ngelaban ni. Ewahh.

Apa yang dua kali lima? Ini perumpamaan yang umat melayu buat sendiri. Dua kali lima sama sahaja. Pelik, taktau ka dua kali lima sama dengan sepuluh. Mungkin cikgu ilmu hitang depa ajaq tak habih kot. Takpa lah.

Apa yang dua kali lima?

Kan BS cakap BS ni pemerhati. BS suka kampus yang takdak provokasi, gaduh-gaduh, cucuk-cucuk ni. Tak syiok tahu?

Bagi yang belum buka UUMKini, buka lah. BS boleh point nama-nama yang ada yang aktif kat UUMKini tu. Gaduh kenmain. Baru buka topik, comment kat bawah tu panjang berjela. Bagus siswa/i UUM ni, proaktif dan dan dan AGRESIF. Baru buka topik sikit, dah nak melatah, dah nak melenting. Jangan cakap sebelah pihak ja. Dua-dua belah pihak pun sama ja. Yang A pi marah B, yang B p marah A. Provok tak habis-habis. Isu kecil pun boleh jadi besar. Kalau buat essay dah dapat 10 mukasurat dah tu rasanya.

Banyak siswa/i yang suka lontar pendapat/pandangan/ketidakpuasanhati kat UUMKini. Memanglah itu medan kita nak bersuara, tapi kalau dok laung kat situ, siapa lah yang nak endah sangaaaat? Cuba habaq sikit? Nama pun laman tak rasmi, lepas tu demand nak suruh orang baca. GILA. ya lah. macam orang gila lah dok cakap sorang-sorang. Carilah medium yang betul hampa ni pun. Kalau ada masalah PTPTN, cari lah orang yang terliban dengan PTPTN. Ada masalah akademik, carilah HEA. Ada masalah bas, carilah Unic. Dak pun, pi cari MPP. apa guna ada MPP kalau tak minta tolong depa. Dah memang tugas depa pun untuk tolong semua student. Siap tak balik bercuti lagi dengaqnya semester lepas. Kesian,kesian. Nasihat BS, gunalah saluran yang betul. UUMKini tu buat orang sakit kepala ja.


Tapi, bila baca lama-lama, sebenarnya orang lain dalam UUMKini tu. Taktau lah sapa. Sama-sama lah kita fikiaq noo.

No comments:

Post a Comment