Monday, 9 April 2012

macam-macam

Macam-macam siswa-siswi uum tercinta ni.ingatkan bila cuti bolehlah kampus jadi 'aman', tapi lain pulak yang jadi. Gaduh bukan main lagi weh. Bs taklh tertarik sangat dengan apa yang masing-masing gaduhkan. Sebab, lain orang lain cara, kan? Apa yang bs kisahkan, cara yang masing-masing guna. Susahlh. 

Ada blog P ni ok jugak. Bila BS baca, apa yang dituliskan oleh penulis tu ada betulnya. Tak kurang juga dengan blog uum-L, pendedahan berani menggunakan fakta katanya. Siapalah kita nak tentukan info yang dia beri itu fakta atau auta kan? Ha, tmbah lagi satu blog, Mkn C. Blog ni memang tak sesuai untuk budak bawah uur, bahaya tuuu. Dia di pihak mana, bs pun tak pasti. 

TAPI, yang pasti BS teringin nak numpa dengan mereka-mereka ini. Ini maknanya, perang pilihanraya kampus, telah bermula. UUM bukan lagi ketinggalan umpama dulu. Semakin lama, semakin rancak. Semakin lama, semakin menakutkan. Semakin lama, semakin banyak kerja BS (haih haih). BS takkan berhenti menulis, itu yang pasti. Sesiapa yang nak berhubung dengan BS, nak bagi fakta atau suka untuk berada di tebgah-tengah,misalnya, boleh hubungi BS via email BS - budaksintok@gmail.com. Jumpa lagi ya!

Thursday, 5 April 2012

NEGARA KITA NI KOTOR KE?

Assalamualaikum wbt.


Ini yang BS jumpa kat UUMKini tadi.Menarik dan tertarik betul. Soalahnnya, adakah negara kita ini kotor? Kalau nak cakap kotor, fikir dahulu, sebab terasa pakcik Alam Flora yang bertungkus lumus bersihkan alam sekitar kita. Takpalah, BS tinggalkan soalan ini untuk kita fikir. Bacalah. BS tertarik.




 Fadhilat BERSIH 3.0

1)Dapat dosa ikhtilath bercampur aduk lelaki dan perempuan

2)Dapat dosa mengganggu jalan dan melanggar hak-hak jalan.

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)

3) Dapat dosa mencetuskan huru-hara dan sentimen benci membenci sesama muslim.
Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). 24:19

4)Teserlah keberanian menentang Rasulullah.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

5)Dapat keahlian kelab 'khawarij'.
Pada Zaman Imam Ahmad b.Hanbal rahimahullah( wafat 241H) ada seorang lelaki yang bernama Al-Hasan bin Soleh Ibn Hayy lelaki ini merupakan seorang alim yang sangat kuat dan khusyuk beribadah.Dia tidak pernah seumur hidupnya keluar mmberontak kpd pemerintah muslim namun dia hanya membolehkan keluar mmberontak terhadap pemerintah, Maka para Ulama` Salaf ketika itu mentahzir(memperingati manusia agar berwaspada terhadap) beliau , beliau dan pengikutnya dinamakan Khawarij Al Qa`adiyyah.

Berkata Al-Imam Az-Zahabi: Al-Hasan bin Soleh bin Hayy, Imam yg besar, seorang yg dikenali, Abu Abdillah Al-Hamdani At-Thauri Al-Kufi, Faqiih `Abid( kuat beribadah) saudara kepada Imam `Ali bin Soleh.

Berkata Al-Imam Zahabi ketika mengulas biografi beliau: " Dia (Al-Hasan) merupakan dari kalangan imam-imam Islam, kalau dia tidak diselubungi dengan bid`ah(KHAWARIJ)..
Imam Sufyan At-Thauri memasuki masjid dan Ibn Hayy( Al-Hasan) sedang solat, lalu beliau ( Ath-Thauri) berkata: " Kami minta perlindungan kepada Allah daripada khusyuknya seorang munafiq" lalu dia mengambil dua seliparnya lalu berpindah ke tiang yang lain.

[ Rujuk Siyar `Alam An-Nubala 7/ 36 ]

Jgn lepaskan peluang ni...JOM ramai2 rebut fadhilat BERSIH 3.0 ni!!!!

dua kali lima



2 X 5 = SAMA SAHAJA.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum nak cerita panjang, BS nak ulas sikit pasal isu salam Idealis Siswa, yang digembar-gemburkan oleh seseorang di UUMKini. Ish, bila salam pun boleh jadi isu, pelik. Ini memang agi idup agi ngelaban ni. Ewahh.

Apa yang dua kali lima? Ini perumpamaan yang umat melayu buat sendiri. Dua kali lima sama sahaja. Pelik, taktau ka dua kali lima sama dengan sepuluh. Mungkin cikgu ilmu hitang depa ajaq tak habih kot. Takpa lah.

Apa yang dua kali lima?

Kan BS cakap BS ni pemerhati. BS suka kampus yang takdak provokasi, gaduh-gaduh, cucuk-cucuk ni. Tak syiok tahu?

Bagi yang belum buka UUMKini, buka lah. BS boleh point nama-nama yang ada yang aktif kat UUMKini tu. Gaduh kenmain. Baru buka topik, comment kat bawah tu panjang berjela. Bagus siswa/i UUM ni, proaktif dan dan dan AGRESIF. Baru buka topik sikit, dah nak melatah, dah nak melenting. Jangan cakap sebelah pihak ja. Dua-dua belah pihak pun sama ja. Yang A pi marah B, yang B p marah A. Provok tak habis-habis. Isu kecil pun boleh jadi besar. Kalau buat essay dah dapat 10 mukasurat dah tu rasanya.

Banyak siswa/i yang suka lontar pendapat/pandangan/ketidakpuasanhati kat UUMKini. Memanglah itu medan kita nak bersuara, tapi kalau dok laung kat situ, siapa lah yang nak endah sangaaaat? Cuba habaq sikit? Nama pun laman tak rasmi, lepas tu demand nak suruh orang baca. GILA. ya lah. macam orang gila lah dok cakap sorang-sorang. Carilah medium yang betul hampa ni pun. Kalau ada masalah PTPTN, cari lah orang yang terliban dengan PTPTN. Ada masalah akademik, carilah HEA. Ada masalah bas, carilah Unic. Dak pun, pi cari MPP. apa guna ada MPP kalau tak minta tolong depa. Dah memang tugas depa pun untuk tolong semua student. Siap tak balik bercuti lagi dengaqnya semester lepas. Kesian,kesian. Nasihat BS, gunalah saluran yang betul. UUMKini tu buat orang sakit kepala ja.


Tapi, bila baca lama-lama, sebenarnya orang lain dalam UUMKini tu. Taktau lah sapa. Sama-sama lah kita fikiaq noo.

Wednesday, 4 April 2012

tak faham betullah


Assalamualaikum wbt.

Harini BS nak luahkan sesuatu. GERAM NI.

BS sayangkan UUM. BS taknak UUM tempat BS timba ilmu ni jadi macam ipta yang lain. Bukan taknak hebat setanding dengan IPTA yang lain, BS cuma taknak kampus BS ni jadi huru-hara macam yang lain. Sedih, tahu?

BS tahu, BS ini insan kerdil je kat kampus UUM yang maha besar ni. Jalan kat pusat konvensyen pun sesat lagi kot. BS tak pernah naik kuda, go kart, swimming dan lain-lain (eh, ada kaitan ke?), tapi BS ni memerhati. BS sakit hati dan tak faham betullah dengan mahasiswa/i UUM.

Apa yang tak faham?

Mahasiswa/i kita tak bersatu. Tak kisahlah kalau berlainan fahaman ke apa ke (ada yang cucuk jarum ni), tapi bila kita fikir balik, kita ni mahasiswa je kawan-kawan. Mahasiswa ! Bukan memberontak, pencucuk jarum, penebar fitnah, penghina kawan sendiri dan lain-lain. Kecewanya BS.

Bs dah di semester yang layak dipanggil super senior, BS sedih. Dulu BS aman, bila difikirkan semula, memanglah aman, zaman tu mana lah hebat sangat peralatan canggih macam Blackie Beri, Iponk dengan Samseng, mana hebat macam sekarang. Sekarang, semua dihujung jari je kot! Nak hentam peribadi orang? Kau log in FB kat BB, buka UUMKINI, sebarkan ke UUMNEWS, page MPP, dan sebar dan terus tersebar. Beradab ke macam tu?

BS sedih. Dan BS pasti mesti ramai lagi yang sedih macam BS. BS tak lah sokong Aman Kampus dari segi politik, tapi mesej yang dia nak bawa, BS sokong! BS nak kampus UUM aman macam dulu ! Faham?

Korang rasa Kampus kita dah aman ke? Fikirlah habis-habis. Baru dapat jawapan. Peace.

Tuesday, 3 April 2012

buzz !

 
HELLO


Uolls janganlah terkejut dengan kemunculan blog Budak Sintok ni uolls. Iolls tak tahan lah dengan Lawak Kampus UUM (bukan lawak kampus Vannes dengan Froggie tu semua, bukan.) Mcam-macam sangat isu yang they olls perjuangkan. Memanglah ada yang betul, tapi mana boleh kalau betul selalu kan. Iolls ni suka berfikir. Bila berfikir sebelum cakap, barulah betul. Iolls kan Budak Sintok, konfem-konfem lah Iolls ni Mahasiswa. Siapa lagi kan?

Ini blog santai uolls. Bukan nak berpolitik ke apa. BS tak makan orang. Makan hati je. 

Bahasa yang akan Iolls guna bergantung dengan mood lah uolls. Hari ini mood mengada sikit, asyik tengok orang guna Iolls Uolls je, Iolls pun teringin jugak. Okay, after this, BS will do okay? Yeay, after this call me BS. 

Akhir kata, tak salah berada di tengah. Asalkan jangan tersepit uolls ! :)

Till then, toodles !