Barisan Presiden DPP di Universiti ternama di Sintok.
Untungnya belajar di Sintok, semua pelajar ada tempat untuk menginap.
Yang tak untungnya di Sintok, apung-apungan lah kau kalau tak aktif.
Nak kata aktif macamana, BS pun taktau. BS dah dua kali kena apung, so sad!
BS tak faham kenapa ramai ornag aktif macam BS diapung-apungkan. tapi bila BS fikir balik, oh patutlah. BS memang aktif dengan aktiviti-aktiviti JKPS(Jawatankuasa Kipas Pengetua Sengkek), tapi malangnya, BS tak kuat kipas pengetua-pengetua BS. Again, so sad !
Cerita pasal kipas-mengipas, uih daaaaaaat amat. Mcam-macam kisah dah dengar. Hello geng-geng semua. Jadilah manusia. jangan jadi kucing (sopan sikit) kepada orang-orang atasan. Kau sujud dia pun, syurga bukan di bawah tapi kaki Sang Pemegang-pemegang pangkat yang ada dalam dunia Sintok yang kecil ini.
Bukan nak cakap pasal pemimpin pelajar sahaja, yang tak berapa nak pemimpin juga tergolong dalma golongan ini. Siapa lagi kalau bukan kumpulan pelajar yang bergerak di bawah HE*. Sampai sekarang BS tak faham kenapa mesti mereka ada dimana-mana? Faham, mereka direkrut untuk program bawah HE* .Tapi perlukah sampai kemana-mana kena bawa mereka? Ini baru sesuai dinamakan sebagai kucing-kucing pegawai. Ada makanan lebih, depa sapu. Sisa, faham? Ok, kucing memang sopan.
Cmon la. Get a life. Bila kita nak maju kalau sampai bila-bila pun kita duduk bawah kaki sang pemegang jawatan di dunia Sintok serba kecil ni. Mungkin lah boleh jadi Model Sintok, muka terpampang kat board besar depan Pintu Gerbang. Cuma isunya, sampai bila? Eloklah, nanti kerja pun boleh praktikkan aktiviti kipas-mengipas ini. Teruskanlah bak kata lagu Agnes Monica.
Konklusinya mudah. Jangan gelar orang lain sebagai kaki kipas pegawai, kalau anda sendiri yang melakukan perbuatan sedemikian. Bagi orang yang ikhlas bekerja, kaki kipas merupakan satu terma yang sangat jijik. Mungkin si pelaku tak rasa kejijikan tersebut, sebab mungkin si pelaku boleh dapat baju freeeee dalam setiap event universiti (misalnya), tapi ingatlah sebelum nak cakap apa-apa, sila cermin diri sendiri dulu.
Biasalah hidup. Manalah kita pernas puas hati dengan orang lain. BS tak puas hati ni. Macamana Sekretariat bawah HE* boleh dapat pashmina Universiti Sintok yang warna turquoise kegemaran BS ni? Halal tak halal sila jawab depan Tuhan nanti ya. Bye !
No comments:
Post a Comment