Wednesday, 12 September 2012

musuh utama

MUSUH UTAMA DAN MUSUH SESAMA DAN MUSUH SELAMA-LAMA. 

Parti P dengan Parti TM ni macam tak patut je bergaduh. Masing-masing lawan dengan hebatnya. Taktaulah mana satu yang betul. Tapi BS fikir panjang, bukan semua yang parti P perjuangkan salah dan bukan seua yang parti TM perjuangkan betul. 

Adik-adik, tolong cari stand sendiri please. Katanya bukan pro-M tapi BS yang cuba untuk berada di tengah ni dah rasa macam lain je. Firm , pls firm. Lantaklah korang nak gaduh ke apa. BS malas nak masuk campuq. Asalkan tak sampai demo sana demo sini, BS okay je. 

TAPI, BS nak dedahkan hal sebenar. Perkara sebenar yang sepatutnya siswa/i UUM kena tahu. Sebenarnya, tak kesah lah Parti apa pun yang ada dalam MPP, mereka tetap MPP. Ramai yang cakap MPP ni kuli HEP, MPP P ni kuat mengampu. MPP TM tak buat kerja kurang berkomitmen suka lari dari buat tuagsan dan lain-lain. 

Itu semua telahan yang kurang berasas. SEBENARNYA ADA PERSATUAN LAIN LAH YANG JADI KULI BATAK HEP! (maaf ayat kasar) KULI, orang yang buat kerja tanpa kira betul ke salah, main buat je bila arahan dapat. Setahu BS, MPP kuat membantah. MPP sesi kali ni rasional, takdelah jadi pak turut sangat. BS merupakan wakil persatuan yang tak kurang hebat di UUM. BS terlibat jugak dengan program yang HEP anjurkan. Banyaaak. Bukan sikit. Dah banyak jawatan yang BS pegang (kecuali MPP, sebab tak bertanding.) BS memang tahu selok belok uum ni. Try me! sebenarnya bukan MPP yang jadi kuli HEP, kerana, melalui pemerhatian BS, yang jadi kuli sebenar ialah, Sekretariat 1 Malaysia. Ini pendapat BS sahajalah.

 Untunglah kelab ini disayangi HEP. Oleh itu, BS rasa, tak kisah lah parti apa yang ada, bersatulah. Korang bukan kena lawan sesama sendiri, sebab korang pun belum tentu lagi dapat buat kerja dengan betul dan belum tentu lagi dapat bagi komitmen yang terbaik, dan buka mata kalian. Sekuat mana pun kerja yang korang buat, tetap takkan dipandang oleh pihak yang patut di 'univrsiti' kita ni. Sebab, S1M is the best. Ini bukan unsur cemburu. Ini unsur pendapat. Berani mati kan? Lantak. Ini kebenaran.Sekian.

No comments:

Post a Comment