Thursday 15 November 2012

GILA KUASA?



Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Larangan Gila Kuasa
Hadith :

Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”

 
(Bukhari dan Muslim)



Huraian
Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Nak berkuasa tak salah, tapi biar kena pada tempatnya. Kalau takdir dah kata kedudukan kita hanya sebagai 'pengarah jabatan' atau apa-apa kedudukan misalnya 'presiden'  mahupun 'MPP', janganlah kita nak melebih-lebih, nak jadi yang lebih berkuasa. Kita bukan Tuhan. Memanglah kita ada duit, kita ada cita-cita. Tapi sila muhasabah diri, depan tuhan, tanya Tuhan, mana lagi yang aku kurang ni?

Sudahlah. BS dah muak dengan semua ni. Kalau dah memang TNC HEPA dah dilantik, seperti yang digembar-gemburkan, tolonglah. Terima sajalah pelantikan tu. TNC HEPA penting, bukan sekadar untuk universiti. Tapi juga untuk mahasiswa-mahasiswi Sintok. Jangan ingat siswa siswi lemah, boleh dikawal sebegini rupa. Ini cara elok, BS rasa. 

Maaf lah. Gila kuasa, itu yang sebenarnya kan? Get a life bro! 



BS nk tidoq hihi.

Tuesday 13 November 2012

GUA 1MALAYSIA BEB



kepada semua warga Sintok yang menyambut Diwali. Bawak balik Maruku bagi kat BS yaaa.

Monday 12 November 2012

INI HAL AKIDAH. WAKLU.





1. SAMAN KAMI! sekiranya anda bersetuju bahawa Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri!

2. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan generasi Melayu akan datang tidak lagi beragama Islam!

3. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan keluarga Melayu akan datang akan berpecah-belah!

4. SAMAN KAMI! jika anda bersetuju dengan Islam Liberal versi Nurul Izzah dan Papanya!

5. SAMAN KAMI! sekiranya anda marah kami menegur politikus yang memperjuangkan Plurisma agama!

6. SAMAN KAMI! sekiranya anda seorang Melayu yang mahu MENUKAR agama lain!

Kami tolak Nurul Izzah!

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara

Saturday 10 November 2012

MAKAN BESAQ OI.


Well well well. Dah lama BS tak bersuara. Tapi takpa rasanya. Blog kecik macam BS ni takdak sapa baca kot? Hihi. Kisah ke BS? Tak kisah.

Well, BS ada ternampak signboard yang mahal kat depan gate UUM yang sedia berpanas berhujan tu, pasal Bankuet DiRaja Di Istana Kuda Emas. Amboihhhhh Grand uolls. Yang anjurkan? Siapa lagi oih. Takkan lah DPP DPP pulak yang anjurkan. Tak kisahlah siapa yang anjurkan.

Tadi BS sibuk selongkar Fesbuk, jumpa satu benda tak best. Hmm. Katanya setiap DPP dipaksa untuk hantar wakil pegi makan kat sana. Potong duit DPP. Oih, DPP semua kaya ka? Kalau buat projek student, nanti duit peruntukan kena potong jugak. Kuciwa BS. Kesiannya. Kesian Kesian.DUIT STUDENT OI. sedih :(

Ya lah, kalau student biasa macam BS tahu, memang mengamuk lah. Duit rm2000 kot. Ingat senang ke nak cari? Tapi nak tak nak kena hantar jugak kan? Tak kisah lah uolls. Tapi tempat je grand. Artis tak grand. Yang perginya harap dapat meng-grandkan susasana lah gamaknya. Tergamak korang makan sedap-sedap dan kami di sini makan kurang sedap ja? 

Sudah cukup sudah. Sampai bila nak main game game bagi makan kepada warga Ulu Sintok seperti kami ni. Kami kenyang je makan kat restoran mamak yang ada dalam kampus tu. Kenyang jugak makan kat Red Café UUM. Okay ja. Tapi awat buat jauh sangat sampai Istana Kuda Emas nu? Oh sebab DiRaja. Tak boleh pertikai. Okaaaay. Have a good time! Good time lah dapat bersama artis gitew.

SEMOGA SEMUA PEMIMPIN YANG PI DAPAT MENENANGKAN FIKIRAN YA. HIHI.





Sekadar gambar hiasan.




Sekadar gambar hiasan.



Gambaq hiasan ja. Jangan terasa. Hihi

BS nak tidoq. Hihi.