|
Kategori : AKIDAH Akhlak |
Tajuk : |
Larangan Gila Kuasa |
Hadith : |
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”
(Bukhari dan Muslim)
|
|
Huraian Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa. Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik. Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu. Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati. Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insyaAllah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Nak berkuasa tak salah, tapi biar kena pada tempatnya. Kalau takdir dah kata kedudukan kita hanya sebagai 'pengarah jabatan' atau apa-apa kedudukan misalnya 'presiden' mahupun 'MPP', janganlah kita nak melebih-lebih, nak jadi yang lebih berkuasa. Kita bukan Tuhan. Memanglah kita ada duit, kita ada cita-cita. Tapi sila muhasabah diri, depan tuhan, tanya Tuhan, mana lagi yang aku kurang ni?
Sudahlah. BS dah muak dengan semua ni. Kalau dah memang TNC HEPA dah dilantik, seperti yang digembar-gemburkan, tolonglah. Terima sajalah pelantikan tu. TNC HEPA penting, bukan sekadar untuk universiti. Tapi juga untuk mahasiswa-mahasiswi Sintok. Jangan ingat siswa siswi lemah, boleh dikawal sebegini rupa. Ini cara elok, BS rasa.
Maaf lah. Gila kuasa, itu yang sebenarnya kan? Get a life bro!
BS nk tidoq hihi.
No comments:
Post a Comment