Friday, 26 October 2012

WISH LAH JUGAK



KHAS KEPADA GENG BS YANG MUSLIM.
YANG NON-MUSLIMS, HAPPY HOLS OYEAHH !

ASSIGNMENT JANGAN LUPA BUAT YA ! 

HAL KAMPUS, JANGAN RISAU. KITA ADA JABATAN KESELAMATAN YANG GAGAH PERKASA, HEBAT LAGI TANGKAS UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH DARIPADA BERLAKU DI KAMPUS KITA

MAHASISWA UUM CINTA KAMPUS.
BUDAK SINTOK CINTA KAMPUS.
ANDA BAGAIMANA? 

BERANI KERANA BENAR!
BYE BYE BYE BYE SEMUA! 

*BS TAK BALIK KENA DUDUK KAMPUS :(

Korban Putrajaya ! :)

Pagi tadi di Presint 16 Majlis Korban 44 Lembu peringkat Parlimen Putrajaya dihadiri YB Datuk Seri Tengku Adnan. 

Menurut Blogger harapan-esok.blogspot.com, ini kali ketiga ia diadakan. 

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Saudara Tun Faisal Ismail dan blogger UMB menjayakannya. 

Selain itu jentera UMNO Putrajaya dan warga Putrajaya juga datang memeriahkan acara tahunan yang paling besar dalam sejarah Islam itu. 



Tu diaaa. Tun Faisal kita :)

Lagi gambar sila layari blog di atas. 

Salam Aidiladha dari BS ! :)

Thursday, 18 October 2012

MPP UUM MAJU OI.


BS kan blogger tegar. (tegar lah sangat). tengah BS godek-godek blog kawan-kawan, atau dalam bahasa maya digelar sebagai 'blog walking', BS terjumpa blog blog cantik mai dari MPP UUM. Memang kalau ikutkan banyak dah MPP Uni lain dah mewujudkan blog sendiri, konon mudah nak berinteraksi (padahal memang betul pun), kira macam MPP UUM ni pun macam dah sedra lah dengan keperluan sejagat. BS salute sama uolls kabinet MPP UUM yang baru. Mungkin sebab kali ini MPP UUM ada pakar dari setiap Pusat Pengajian gamaknya. Eceh.

Bagus lah bila baca blog, senang nak sampaikan maklumat. Senang budak nak baca maklumat. Daripada students UUM yang beriban tu buka blog yang entah apa-apa, bukan vc lagu oppa gangnam style jadi super hutan style lagi, baik diorang blog walking kat blog MPP UUM diorang ni.

Kepada MPP UUM, tabahlah. Korang buatlah macamana pun, mulut orang takkan pernah diam. YA LAH MACAMANA NAK DIAM KALAU DEPA TERINGIN NAK JADI MPP TAPI TAK DAPAT. Kasihan kan?

Tapi bukan tak dapat jadi sebenarnya, sebab tak layak dari awal. Hiduplah dengan aman kawan-kawan. Hidup korang sekali je. Kalau rasa nak jadi MPP tapi dah final semester, korang masih boleh extend. Extendlah untuk jadi MPP.

To MPP UUM, teruskan lah usaha murni anda. BS akan terus memerhatikan kalian Watch Out!


salah satu inisiatif MPPUUM. baguih baguih. 

lagi baguih dari bising kat alam maya. tapi hapak pun takdak. giteww.

sekian dari BS. bye!

Tuesday, 16 October 2012

IKON SOKMO LAH.


Pada Pesta Konvo kali ke-25 yang lepas, Universiti Sintok dah jumpa dengan ikon Utusan yang dicari-cari. Oh maaf. BS tak cari. Si pemenang, Rindaya Loebis merupakan ikon tersebut. Mungkin di mata juri-juri sekalian Ikon ini menepati citarasa mereka sebagai 'IKON PELAJAR' sebab bakat dan pakaian yang dikenakan pada malam tersebut. Tapi, malangnya, sebagai pemerhati bebas, BS rasa ikon tidak perlu seorang yang terlalu-suka-menonjol untuk diangkat menjadi ikon. Tapi BS faham. Bukan senang nak jadi IKON. BS salute Team MPP yang baru naik ni yang kurang gemar untuk hantar banyak penyertaan dalam kalangan MPP sendiri. Kata Bos Besar MPP yang BS tanya ( terharu dapat cakap dengan Bos Besar), 'tak perlu kot nak jadi Ikon Pelajar. Tanggungjawab lain masih banyak. Buat kerja dulu dik.' Sesungguhnya, BS malu bila tanya soalan macam tu kepada bos besar sebab rasa macam kena setepek kat muka BS.

Apa-apa pun, tahniah kepada saudari Rindaya atas kemenangan. Jadilah Ikon yang Ikon. Giteww.




OK GENG. Ini ada yang baru. Sesiapa yang nak tebuis kekalahan yang lepas, bolehlah cuba ini pulak. 




* Kan banyak peluang yang ada untuk jadi popular. Banyak kot.

Monday, 1 October 2012

kaki kipas

Barisan Presiden DPP di Universiti ternama di Sintok.

Untungnya belajar di Sintok, semua pelajar ada tempat untuk menginap.
Yang tak untungnya di Sintok, apung-apungan lah kau kalau tak aktif.
Nak kata aktif macamana, BS pun taktau. BS dah dua kali kena apung, so sad!

BS tak faham kenapa ramai ornag aktif macam BS diapung-apungkan. tapi bila BS fikir balik, oh patutlah. BS memang aktif dengan aktiviti-aktiviti JKPS(Jawatankuasa Kipas Pengetua Sengkek), tapi malangnya, BS tak kuat kipas pengetua-pengetua BS. Again, so sad !

Cerita pasal kipas-mengipas, uih daaaaaaat amat. Mcam-macam kisah dah dengar. Hello geng-geng semua. Jadilah manusia. jangan jadi kucing (sopan sikit) kepada orang-orang atasan. Kau sujud dia pun, syurga bukan di bawah tapi kaki Sang Pemegang-pemegang pangkat yang ada dalam dunia Sintok yang kecil ini.

Bukan nak cakap pasal pemimpin pelajar sahaja, yang tak berapa nak pemimpin juga tergolong dalma golongan ini. Siapa lagi kalau bukan kumpulan pelajar yang bergerak di bawah HE*. Sampai sekarang BS tak faham kenapa mesti mereka ada dimana-mana? Faham, mereka direkrut untuk program bawah HE* .Tapi perlukah sampai kemana-mana kena bawa mereka? Ini baru sesuai dinamakan sebagai kucing-kucing pegawai. Ada makanan lebih, depa sapu. Sisa, faham? Ok, kucing memang sopan.

Cmon la. Get a life. Bila kita nak maju kalau sampai bila-bila pun kita duduk bawah kaki sang pemegang jawatan di dunia Sintok serba kecil ni. Mungkin lah boleh jadi Model Sintok, muka terpampang kat board besar depan Pintu Gerbang. Cuma isunya, sampai bila? Eloklah, nanti kerja pun boleh praktikkan aktiviti kipas-mengipas ini. Teruskanlah bak kata lagu Agnes Monica.

Konklusinya mudah. Jangan gelar orang lain sebagai kaki kipas pegawai, kalau anda sendiri yang melakukan perbuatan sedemikian. Bagi orang yang ikhlas bekerja, kaki kipas merupakan satu terma yang sangat jijik. Mungkin si pelaku tak rasa kejijikan tersebut, sebab mungkin si pelaku boleh dapat baju freeeee dalam setiap event universiti (misalnya), tapi ingatlah sebelum nak cakap apa-apa, sila cermin diri sendiri dulu.

Biasalah hidup. Manalah kita pernas puas hati dengan orang lain. BS tak puas hati ni. Macamana Sekretariat bawah HE* boleh dapat pashmina Universiti Sintok yang warna turquoise kegemaran BS ni? Halal tak halal sila jawab depan Tuhan nanti ya. Bye !