Friday 28 September 2012

POPULAR. EH, SIAPA KAU?

Hello uolls. Popular popular ni memang kegemaran BS lah. Tapi BS tak gila popular, tak gila nak cari popular.  BS suka tengok kawan popular je. Hihi. Mulianya hati BS. (cewah)

Okay uolls, entry ini untuk rakan-rakan di seluruh IPT/IPTA/IPTS/Politeknik dan sebagainya. Popular boleh jadi satu perkataan yang subjektif. Ada yang gila kuasa, tapi sebanarnya bukan gilakan kuasa sangat pun, tapi gilakan populariti. Ada yang harap menang dalam pilihanraya kelab/persatuan/kelas/mpp dengan harapan boleh jadi popular dikenali seluruh warga kelab/persatuan/kelas/mpp dan sebagainya. Ah kau, Lantak kau lah. Hairan apa aku.

Yang menjadi keraguan BS, ada lah BS dengar cerita ada calon bertanding untuk pilihanraya kampus kononnya, menyalak-nyalak kat ruangan alam mayanya sendiri. Entah apa yang disalaknya, BS taktau. Sorry uolls. BS takdak masa nak tengok facebook orang yang tak dikenali (bukti calon tak popular).
tapi kalau nak harap popular untuk menang pun, tak kemana jugak.

kesimpulannya, jadi diri sendiri. tak semestinya kau jadi popular baru kau dapat tolong orang. kalau dah memang sebati dalam adrenalin kau yang kau tu memang ikhlas nak tolong orang, kau takkan bising untuk berebut jawatan-jawatan yang ada dalam muka bumi. BS faham, mesti calon-calon yang kalah yang kuat menyalak ni mesti berkobar-kobar nak tolong kawan-kawan. tapi tak rasa ke semua yang bertanding pun macam tu? Kalah pun boleh tolong lagi lah kawan, tapi bukan guna alam maya lah. Tampil, tampil.


carilah populariti dengan cara yang lebih praktikal. jangan hidup di takuk lama sudah. popular. eh, siapa kau?

BS nak tidur bye !


Sunday 16 September 2012

PRO-M TUNJUK BELANG?



NGO BERSIH Sokong Tuntutan BERSIH KAMPUS ?
  
BS cuma nak tanya satu soalan ja. KAMPUS KITA NI TAK BERSIH KE? Itulah, BERSIH pun dah jadi satu perkataan yang subjektif.

Ada yang kata Kampus tidak bersih, sebab tukang bersih kampus bercuti. Ada juga yang cakap Kampus tak bersih sebab banyak monyet macam kat Sintok ni (hihi). Ada yang cakap Kampus ni tak bersih sebab mahasiswa/i nya yang kotoq-motoq (ini bukan sintok,hihi).

Amboi teruk lah macam ni. Siap ada NGO nak masuk campur. Dah nama pun kita mahasiswa, tolonglah nilai. Kita datang untuk belajar. Nak bertanding MPP, silakan. Tapi ingatlah. Awak hanya bertanding untuk jawatan Perwakilan 'Mahasiswa' (di Sintok masih Pelajar). Kalau menang pilihanraya kampus pun, bukannya awak dapat jadi Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Kedah, Menteri Kerja Raya dan sebagainya. tapi okay lah kalau jadi Perwakilan Pelajar bolehlah handle Pesta Konvokesyen dengan Minggu Orientasi, jadi AJKS Induk. Em Bolehlah kalau rasa diri sendiri dah sangat sangat amat paling cukup bertanggungjawab. Jangan masuk MPP sebab nak nama, pegang jawatan, rasa famous meletups diva, senang nak dapat sticker sudahlah oi. 

Tapi kan, BS kisah apa. Janji BS dapat makan sedap kat Proton dengan jagung sedap V-Mall, BS tak kisah. Tapi sakit mata, sakit hati dengan sakit telinga lah bila dapat tau ada MPP (Perwakilan yang dipilih ) tak buat kerja kan. Eh takpa, nanti jawab lah sendiri depan Tuhan. BS bukan Tuhan. Hihi.

Akhir kata, nak bertanding, jangan sebab nama oi. Sekian.

Friday 14 September 2012

TUNTUTAN.



Amboi main tuntut-tuntut pula. Sudahlah bukan warganegara yang mengepalai tuntutan, kita yang dibawah sibuk jugak nak menuntut haaa. Ni BS marah ni. Eh lantakah. BS takda kena mengena dengan ini semua.

BS harap Sintok tak menuntut, dengan orang yang salah. Yihaaaaa !

Wednesday 12 September 2012

musuh utama

MUSUH UTAMA DAN MUSUH SESAMA DAN MUSUH SELAMA-LAMA. 

Parti P dengan Parti TM ni macam tak patut je bergaduh. Masing-masing lawan dengan hebatnya. Taktaulah mana satu yang betul. Tapi BS fikir panjang, bukan semua yang parti P perjuangkan salah dan bukan seua yang parti TM perjuangkan betul. 

Adik-adik, tolong cari stand sendiri please. Katanya bukan pro-M tapi BS yang cuba untuk berada di tengah ni dah rasa macam lain je. Firm , pls firm. Lantaklah korang nak gaduh ke apa. BS malas nak masuk campuq. Asalkan tak sampai demo sana demo sini, BS okay je. 

TAPI, BS nak dedahkan hal sebenar. Perkara sebenar yang sepatutnya siswa/i UUM kena tahu. Sebenarnya, tak kesah lah Parti apa pun yang ada dalam MPP, mereka tetap MPP. Ramai yang cakap MPP ni kuli HEP, MPP P ni kuat mengampu. MPP TM tak buat kerja kurang berkomitmen suka lari dari buat tuagsan dan lain-lain. 

Itu semua telahan yang kurang berasas. SEBENARNYA ADA PERSATUAN LAIN LAH YANG JADI KULI BATAK HEP! (maaf ayat kasar) KULI, orang yang buat kerja tanpa kira betul ke salah, main buat je bila arahan dapat. Setahu BS, MPP kuat membantah. MPP sesi kali ni rasional, takdelah jadi pak turut sangat. BS merupakan wakil persatuan yang tak kurang hebat di UUM. BS terlibat jugak dengan program yang HEP anjurkan. Banyaaak. Bukan sikit. Dah banyak jawatan yang BS pegang (kecuali MPP, sebab tak bertanding.) BS memang tahu selok belok uum ni. Try me! sebenarnya bukan MPP yang jadi kuli HEP, kerana, melalui pemerhatian BS, yang jadi kuli sebenar ialah, Sekretariat 1 Malaysia. Ini pendapat BS sahajalah.

 Untunglah kelab ini disayangi HEP. Oleh itu, BS rasa, tak kisah lah parti apa yang ada, bersatulah. Korang bukan kena lawan sesama sendiri, sebab korang pun belum tentu lagi dapat buat kerja dengan betul dan belum tentu lagi dapat bagi komitmen yang terbaik, dan buka mata kalian. Sekuat mana pun kerja yang korang buat, tetap takkan dipandang oleh pihak yang patut di 'univrsiti' kita ni. Sebab, S1M is the best. Ini bukan unsur cemburu. Ini unsur pendapat. Berani mati kan? Lantak. Ini kebenaran.Sekian.